Tinta Tajdid

May 11, 2010

What you give, YOU GET BACK!

Filed under: Uncategorized — syahmienor @ 3:42 pm

Wahai ikhwah yang dimuliakan… kethuilah bahawa kalau kita layan orang dengan baik, orang juga akan layan kita dengan baik. Al-Insan abdul ihsan, manusia adalah hamba kepada kebaikan.

Dalam menyampaikan kebenaran, yang lebih penting dari pada isi kandungan kebenaran itu, adalah bagaimana ia disampaikan. Kerana, apabila kebenaran disampaikan dengan cara yang salah, bukan sahaja akan ditolak, malah dimusuhi dan diperangi oleh orang yang menerimanya.

Seorang manusia takkan pernah menjadi sempurna. Seorang manusia pasti penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Seorang manusia, seandainya dicari-cari kelemahan dan kekurangannya, pasti akan ditemui.

Seandainya seorang da’ie bersikap mencari-cari kelemahan dan kekurangan orang lain, maka dia hanya akan membawa manusia kepada kehancuran. Sekiranya seorang dai’e melayan orang lain seperti sampah, dia juga akan dilayan seperti sampah kembali. Sekiranya seorang da’ie melayan seseorang seperti buah catur, dia juga akan di layan kembali seperti buah catur.

Perhatikan sikap semulajadi manusia apabila dia berhadapan dengan bayi, dia akan bersikap seperti bayi untuk berkomunikasi dengan bayi. Begitu juga sikap seseorang apabila berhadapan dengan anak-anak kecil, akan masuk ke dalam dunia anak kecil untuk merapati mereka.

Sekiranya anda menutup mulut anda dari menceritakan keburukan seseorang, seperti itulah keaiban anda akan ditutup oleh orang lain.

Ya akhil karim… anda adalah seorang da’ie… bertindaklah seperti seorang dai’e…

Wahai saudaraku yang dimuliakan… bukan kerja kita mencari kelemahan orang lain… bukan kerja kita mencaci kelemahan orang lain… kerja kita adalah berbaik sangka… memuji kebaikan yang ada pada dirinya… membesarkan hati, bukan menutup pintu kebaikan…

Kalau anda temukan kelemahan pada diri seseorang, ketahuilah anda juga seorang yang lemah…

Kalau anda sanggup menzalimi seseorang atas alasan apa pun… ketahuilah doa orang yang dizalimi itu amat mustajab di sisi Allah SWT… dan percayalah anda akan dizalimi… you’ll get back…

Kalau anda memulaukan seseorang… ketahuilah anda juga akan merasa dipulaukan… Allah itu maha adil.. Allah itu sangat adil…

Hadapilah dengan berani segala kelemahan dan kekurangan diri sendiri… akuilah kelemahan itu… tak perlu berselindung dan menyalahkan sesiapa dia atas apa yang terjadi…

Tidak ada siapapun yang sempurna… tidak ada siapapun yang lepas dari kesilapan dan kelemahan… ketahuilah tiada seorang pun yang berkecuali…

Anda memburukkan seseorang hari ini… esok anda akan diburukkan oleh orang pula…

Semua hamba Allah itu selamat… selagi mana keaiban dirinya tidak dia hebohkan kepada manusia… dan cara paling cepat untuk menghebahkan kekurangan diri sendiri adalah apabila anda menghebahkan kekurangan orang lain… kerana orang yang selalu mengutuk orang lain, adalah orang yang akan dikutuk juga…

What you give, you’ll get BACK!

Memang susah nak mengakui kelemahan diri sendiri… malah ia boleh menarik kita kepada perasaan sudah sempurna… semua orang lain yang bersalah.. aku seorang sahaja yang bebas dari kesalahan… semua orang lain bodoh.. aku seorang sahaja yang pandai… semua keburukan yang berlaku adalah salah mereka sendiri… aku langsung tidak bersalah dan tidak akan bersalah dalam apa-apa hal sekalipun…

What you give, YOU GET BACK!

Ketahuilah… kalau begitulah sikap anda kepada orang lain, begitu jugalah perasaan orang lain terhadap anda… apa sahaja yang berlaku semua orang lain tujukan kepada anda… setiap kelemahan, setiap kesilapan, setiap benda buruk yang berlaku, sekecil mana pun dia, semuanya orang lain akan menunding jari kepada anda…

Kerana itulah sikap anda kepada orang lain…

Benci akan dibalas kebencian dan cinta itu buahnya adalah kecintaan…. kekerasan buahnya adalah kekerasan, dan berlembut itu buahnya adalah kelembutan…

Tidaklah al-Hilm itu ada pada sesuatu kecuali akan memperindahkan sesuatu itu, dan tidaklah al-Hilm itu hilang dari sesuatu kecuali akan buruklah sesuatu itu…

What you give, YOU GET BACK!

Advertisements

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: